Bermula 18 Mac 2012, MPI kembali ceria dengan pelbagai ragam pelajar-pelajarnya. Guru-guru pula mula sibuk dengan tugas masing-masing. Paling utama, penyerahan markah Ujian Pengesanan Mac kepada Unit Peperiksaan & Penilaian.
Aktiviti ko-kurikulum pula kembali aktif; pelajar ICT dengan projek animasinya, badan beruniform dengan latihan kawadnya, nasyid, peserta debat Bahasa Inggeris dan badan-badan lain.
Paling dinantikan hari Rabu (21 Mac) ini kerana keputusan SPM akan diumumkan. Bukan sahaja pelajar, malah guru-guru yang mengajar subjek SPM 2011 pun merasakan debarannya. Semoga keputusan kali ini lebih cemerlang dari tahun lepas. Keputusan PMR, SMU dan STAM yang lalu menunjukkan peningkatan dan mencapai KPI YIK. Syabas buat guru-guru dan para pelajar MPI! Terutama kepada barisan pentadbir yang bertungkus lumus merancang program kecemerlangan peperiksaan sepanjang tahun.
Semoga warga murabbi MPI terus bersemangat mendidik anak bangsa seterusnya mencapai visi MPI MUMTAZ!


